Charles Babbage (
26 Disember 1791 –
18 Oktober 1871) adalah seorang
ahli matematik,
ahli falsafah analisis,
jurutera jentera dan
ahli (proto-) sains komputer Inggeris, yang memulakan idea tentang
komputer boleh atur cara. Sebilangan bahagian mekanismenya yang belum siap kini dipamerkan di
Muzium Sains London. Pada 1991, sebuah
enjin beza yang dibina berdasarkan pelan asal Babbage pada toleransi yang mampu tercapai pada
abad ke-19 berfungsi dengan sempurna, dan membuktikan bahawa mesin Babbage boleh jalan. Sembilan tahun kemudian, Muzium Sains menyelesaikan
pencetak Babbage yang telah direka bentuk untuk enjin bezanya; kerumitannya adalah mengkaguKelahiran
Charles Babbage dilahirkan di
England, kemungkinan besar di 44 Crosby Row,
Jalan Walworth,
London. Sebuah
plak biru di persimpangan Jalan Larcom dan Jalan Walworth memperingati peristiwa ini. Terdapat percanggahan mengenai tarikh lahir Babbage yang diterbitkan dalam
obituari The Times sebagai
26 Disember 1792. Bagaimanapun, beberapa hari kemudiann, anak saudara Babbage menulis dan mengatakan bahawa Babbage dilahirkan tepat setahun lebih awal, iaitu pada 1791. Daftar kariah
Newington St. Mary, London, menunjukkan bahawa Babbage dibaptiskan pada
6 Januari 1792 [1].
Bapa Charles,
Benjamin Babbage, adalah seorang pekongsi perbankan Praeds yang memiliki Estet Bitton di
Teignmouth. Ibunya Betsy Plumleigh Babbage née Teape. Pada
1808, keluarga Babbage berpindah ke rumah lama Rowdens di Teignmouth Timur, dan Benjamin Babbage menjadi seorang warden di Gereja St. Michael yang berhampiran.mkan bagi sebuah peranti abad ke-19.Perkahwinan
Pada 25 Julai 1814,
[2], Babbage mengahwini Georgiana Whitmore di Gereja St. Michael yang terletak di Teignmouth, Devon. Bapa Charles tidak bersetuju dengan
perkahwinan tersebut. Pasangan ini tinggal di 5 Jalan Devonshire, Portland Place, LondonAnak
Charles dan Georgiana dikurniakan dengan lapan orang anak
[3], tetapi hanya tiga hidup sehingga mencapai kedewasaan. Georgiana meninggal dunia di
Worcester pada
1 September 1827 – selain daripada isterinya, bapa dan sekurang-kurang dua orang anak lelakinya meninggal dunia pada tahun
1827.
Benjamin Herschel Babbage (lahir
6 Ogos 1815; maut pada
20 Oktober 1878 di
Australia)
Charles Whitmore Babbage (lahir
22 Januari 1817; maut pada
1827)
Georgiana Whitmore Babbage (lahir
17 Julai 1818; maut ketika masih muda lagi)
Edward Stewart Babbage (lahir
15 Disember 1819; maut pada
26 November 1821)
Francis Moore Babbage (lahir
1 Mei 1821; maut ketika masih muda lagi)
Dugald Bromheald Babbage (lahir
13 Mac 1823; maut pada
23 Ogos 1901 di
Southampton)
Henry Prevost Babbage (lahir
16 September 1824; maut pada
29 Januari 1918 di
Cheltenham)
Alexander Forbes Babbage (lahir
1827; maut pada
1827). [
sunting] Reka bentuk komputer
Sebahagian daripada enjin beza Babbage, dipasang selepas kematian Babbage oleh anaknya, dengan menggunakan bahagian-bahagian yang ditemui dalam makmalnya.
Disebabkan oleh kesedarannya terhadap kadar kesilapan tinggi dalam pengiraan jadual-jadual matematik, Babbage hendak mencari kaedah mekanik untuk melakukan pengiraan tersebut agar menghapuskan kesilapan punca manusia. Tiga faktor yang berbeza kelihatan mempengaruhinya:
ketidaksukaan terhadap keadaan tidak kemas;
pengalamannya tentang
jadual-jadual logaritma; dan
kerja-kerja yang dilakuan oleh
Wilhelm Schickard,
Blaise Pascal, dan
Gottfried Leibniz terhadap mesin pengiraan.
Babbage membincangkan prinsip-prinsip enjin pengiraannya buat pertama kali dalam sepucuk surat kepada Sir
Humphry Davy pada tahun 1822.
Enjin-enjin Babbage adalah antara komputer mekanik yang pertama. Sebahagian besar enjin-enjinnya tidak siap, akibat masalah kewangan dan persoalan personaliti. Babbage sedar bahawa sebuah mesin akan melakukan kerja dengan lebih baik dan lebih boleh dipercayai, berbanding dengan seorang manusia. Beliau membina sebilangan mesin berkuasa stim yang lebih kurang dapat melakukan kerja itu; pengiraannya dapat dijenterakan pada setakatnya. Walaupun mesin-mesin Babbage merupakan mesin raksasa mekanik, persamaan seni bina asasnya dengan komputer moden sangat menghairankan: ingatan data dan atur cara berasingan, operasinya berasaskan arahan, unit kawalan boleh membuat lompatan bersyarat, dan mesin itu mempunyai sebuah unit I/O yang berasingan.
Rekaan-rekaan Babbage yang lain termasuk:
cegamata,
kereta dinamometer,
tolok landasan piawai,
kadar pos seragam,
lampu hijab untuk rumah api, serta
oftalmoskop heliograf.Enjin beza
Pada masa Babbage, jadual-jadual berangka dikira oleh manusia yang dipanggil 'komputer'. Di Cambridge, Babbage melihat kadar kesilapan yang tinggi yang dibuat oleh orang-orang yang mengira jadual. Oleh itu, beliau memutuskan untuk mengabdikan hidupnya dalam mencuba mengira jadual-jadual tersebut secara mekanik supaya dapat menghapuskan semua kesilapan punca manusia. Beliau bermula pada tahun 1822 dengan apa yang dipanggilnya enjin beza yang bertujuan untuk mengira nilai-nilai fungsi polinomial.
Berbeza dengan usaha-usaha yang serupa pada masa itu, enjin beza Babbage dicipta untuk mengira sebuah siri nilai secara automatik. Melalui penggunaan kaedah
beza terhingga, beliau dapat mengelakkan sebarang pendaraban dan pembahagian.
Replika Enjin Beza Muzium Sains London yang dibina daripada reka bentuk Babbage.
Enjin beza pertama memerlukan sekitar 25,000 bahagian, dengan beratnya lima belas tan dan ketinggiannya lapan kaki. Walaupun Babbage menerima banyak pendanaan untuk projek ini, beliau gagal menyiapkannya. Babbage kemudian mereka bentuk "Enjin Beza No. 2", versi diperbaiki. Ini tidak dibina pada masanya, tetapi dibina pada tahun 1989-1991 dengan menggunakan pelan-pelan Babbage mengikut toleransi-toleransi abad ke-19. Mesin ini membuat pengiraannya yang pertama di Muzium Sains London, dan dapat menghasilkan jawapan sehingga 31 angka, iaitu jauh lebih banyak angka berbanding dengan kalkulator poket moden yang biasa.Pencetak
Babbage mereka bentuk sebuah pencetak untuk enjin beza kedua yang mempunyai sebilangan ciri yang luar biasa; ia menyokong baris belit, lebar lajur dan baris yang boleh ubah, serta pemformatan output yang boleh diatur cara.Enjin Analisis
Tidak lama selepas percubaannya untuk menderaikan enjin beza, Babbage memulakan reka bentuk untuk sebuah mesin berlainan yang lebih rumit dan yang dipanggilnya sebagai
Enjin Analisis. Enjin ini bukan sebuah mesin tunggal tetapi merupakan satu siri reka bentuk yang digodek-godeknya sehingga kematian beliau pada tahun 1871.
Perbezaan utama antara kedua-dua enjin adalah bahawa enjin analisis boleh diatur cara melalui
kad tebuk, suatu idea yang tidak pernah didengar pada masanya. Babbage sedar bahawa aturcara-aturcara boleh disimpan dalam kad-kad yang serupa supaya seseorang hanya diperlukan mencipta atur cara pada mula-mulanya, dan kemudian memasukkan kad-kad tersebut di dalam mesin untuk dikendalikan. Enjin analisis ini juga mencadangkan penggunaan gelung kad tebuk
Jacquard untuk mengawal sebuah kalkulator mekanik yang boleh merumuskan jawapan berdasarkan keputusan pengiraan duluan. Mesin ini juga bertujuan untuk menggunakan sebilangan ciri yang kemudian digunakan dalam komputer moden, termasuk kawalan berjujukan, pencabangan, serta penggelungan, dan jika disiapkan pembinaan, akan merupakan peranti mekanik pertama yang
lengkap-Turing.
Ada Lovelace, seorang ahli matematik wanita yang hebat serta salah satu daripada beberapa orang yang dapat memahami visi Babbage dengan sepenuhnya, mencipta sebuah atur cara untuk Enjin Analisis. Jikalau Enjin Analisis telah dibina ketika itu, atur cara beliau akan dapat mengira jujukan berangka yang dikenali sebagai
nombor Bernoulli. Berdasarkan kerjanya ini, Ada telah diberi penghargaan sebagai
pengaturcara komputer yang pertama dan pada tahun 1979, sebuah bahasa pengaturcaraan komtemporari dinamakan
Ada sebagai penghormatan kepadanya. Tidak lama kemudian, pada tahun 1981, sebuah malakah satira yang ditulis oleh Tony Karp dalam majalah Datamation memerihalkan
bahasa pengaturcaraan Babbage sebagai "bahasa masa depan".